Wednesday, June 07, 2006

Membebel..

Macam orang gila. Yup. Bukan 'macam', tapi memang dah gila kot saya nih. Ah, skema. Kata ganti nama guna 'saya' instead of 'aku'. Tapi dah memang bertahun tak pakai 'aku'. Bunyi macam kasar. 'gua-lu' lagi lembut. Heh, penjelasan yang tak relevan pada masa ni.

Pelik. Tulis blog dalam BM. Tak tau le kenapa. Saja nak ubah selera, atau sebetulnya, tengah kucar-kacir skit kepala ni. Reason? Reason tu jugak le. Nama yang dah bertahun didengar dan takleh nak lupa. Terpisah disebabkan macam-macam hal. Intan, sape lagi? Memang dah dijangkakan blog saya lepas ni takde citer pasal lain dah. Citer tu jek la. Sikit2 nama tu, sikit2 nama tu. Yup, macam saya cakap tadi, memang dah gila kot.

Last time masuk IRC, hmm, lupa dah. Lama sangat. Tapi sebab dah gila, arinih tiba-tiba jek masuk IRC. Apekejadah? Harapan kot? Harapan utk dimsg oleh Intan. Heh. Dream on. Tak masuk akal tapi buat jugak. Mane la tau kan? Sebab apa? Sebab penyiksaan ni sungguh, uhm, menyiksakan. Penantian. Tunggu dan tunggu dan tunggu. Mesti ramai tak paham kenapa. Kenapa nak buang masa atas sesuatu yang tak pasti? Ketidakpastian yang berkemungkinan mengecewakan tatkala diketahui kebenaran.

Still lagi kat IRC. Tak menaip pun dalam tu. Kepuasan sebab sekurang-kurangnyek ade gak usaha untuk, uhm, berusaha. Dok tercongok tengok orang berborak ntah apa-apa. Heh. Dulu ade gak terjebak IRC nih. Skang dah tadek mood. Masa telah mengubah keadaan. Tapi perasaan plak? Hmm. Still macam dulu.

Tak penat ke menunggu? Soalan yang selalu ditanya oleh minda kedua. Soalan yang biasa dijawap oleh alter ego yang satu lagi. Macam2 alasan. Tapi penantian tu tak pernah mengganggu perhubungan yang lain. Malah tak pernah pulak menyebabkan kesan buruk kat mana-mana relationship yang sedia ada. Kalau nak diikutkan, perkara yang sebaliknyek terjadi. Perhubungan yang sedia ada menjahanamkan penantian tu.

Adakah itu membolehkan saya dilabel sebagai seorang yang unpredictable? Seseorang yang pada bila-bila masa boleh berubah? Come on, nothin is predictable. Kepercayaan itu lebih penting.

Ni dah kali ke berapa puluh bukak email. Mengharap keajaiban terjadi. Termasuk le belek handphone. Takut sangat tiba-tiba takde coverage, atau service down, atau celcom bankrap. Padahal kalau dah memang bukan masa untuk jumpa dier, memang takkan jumpa. Tapi biase le, kepuasan berbuat sesuatu walaupun nampak silly. Tapi betul ke silly?

Ok, katakan le dapat jugak jumpa Intan akhirnyek. Tapi dier dah kawin, or bertunang ke ape ke. Camne plak? Well, still tak mengubah apa-apa. Niat ni cuma satu jek. Nak at least jumpe sekejap. Kerana tujuan itu adalah kepuasan. Kebanyakkan masa kita ni dibazirkan dalam usaha untuk hidup and instead of doin that, saya nak merasai kepuasannya. Apa yang ade dimasa hadapan? Tak siapa yang tau. Later.

No comments: